Love Story

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 6 August 2015

Macamana saya tahu saya pregnant?

Assalamualaikum dan salam jumaat!

Well just nak kotakan janji hehe entry lepas ada bagitau kan macamana saya find out saya pregnant after 3 years and 2 month? Suspen je kan!

Sebelum tu just nak inform,entry ni takde nak bangga diri ke apa ke nak menunjuk ke so i dont care apa yang korang nak fikirkan but apa yg saya tau Allah sahaja tau niat saya ☺️ 

Masa baru 1-2yr kahwin memang tak terasa sangat bila tak pregnant lagi,rasa macam awal lagi nak pregnant (walhal umur dah 27,28 masa tu) yela nak pregnant ni perlu bersedia jugak dari segi mental dan fizikal. Bab orang mengata tu dah lali dah masuk telinga kanan keluar telinga kiri tak kisah pun. Bab kawan-kawan jauhkan diri pun ada gak huhu tapi tak kisahla kannnn its not a big issue pun pada saya as long as im happy dengan my life dah ler.

See? Tak pregnant lagi boleh hilang kawan uols. Pelik tak? Ada je macamtu. Ntahla. Malas nak fikir sebab apa sangat.

Bila dah masuk tahun ke 3 perkahwinan dah start bebunyi wakeup call dah ye. I mean,3 tahun dah ni kenapa tak pregnant lagi ye? Dah jumpa doktor but semua ok. Lepas tu kitaorang decide jumpa doktor lagi and baru find out ada prob sikit pada husband (ni bukan nak bukak aib,ni nak bagi hint pada TTC kena check dua dua belah pihak kalau nak tau apa masalah sebenar).

So doktor bagi ubat dan suplemen pada husband,saya pun consume suplemen jugak,jaga makan dan berjaya reduce weight dalam bulan tu around 4-5kg jugak walaupun doktor tak suruh pun but apa salahnya usaha sama-sama kan? Yang penting support each other dan think positive sudah.

Disamping tu memang kerap baca surah yassin dan almost everyday solat hajat dan buat tahajud,sampai nangis-nangis sebak sebab nak sangat baby. Dalam fasa ketiga tahun ni memang redha jer taknak pikir banyak sangat,usaha pun dah so serahkan pada Allah swt. Saya pun rajin amalkan minum air kelapa masa  stop period dalam 3-4 hari jer lepas tu stop masa subur. Macamana nak kira waktu subur? Please google ye sebab saya malas nak cerita panjang-panjang dalam ni. TTCian kena kuat dan rajin cari info kalau nak tau lebih.

Lepas husband makan ubat doktor around 2 months macamtu,then saya diet (waktu tu bulan puasa) dan buat segala amalan rohani sungguh-sungguh (banyakkan bersedekah,saya amalkan tabung sedekah subuh) mungkin keberkatan bulan ramadhan tu Allah makbulkan doa kami.

09.07.2015 birthday suami,masih bulan puasa. Masa ni period dah lambat seminggu. Haritu rasa macam nak period tapi tak keluar pun. Seminggu sebelum due period saya cirit birit teruk sangat. Ada terbaca pengalaman orang lain kalau cirit birit ni tetiba pun tanda awal pregnancy. Tapi husband cakap mungkin salah makan pulak huhu.

Kul 4am tu nak sahur tapi tangan saja gatal nak check upt. Dalam hati takde berharap pun sebab dah biasa negativeeeee sepanjang kahwin ni huhu.

Lepas buat upt,tunggula result about 5mins macamtu kalau nak valid result kan,tetiba eh eh nape ada 2 line ye tapi still kabur yang second tu. Tilik betul-betul aah la memang nampak line kabur! 

Rasa macam tak percaya pun ada. Nangis masa tu. Orang pertama tau ialah mama! Sebab husband dah bagi iktikaf kat masjid awal pagi. Drama airmata betul la pagi tu rasa syahdu sangat. Dahla birthday husband kan!

Husband balik je tunjuk upt kat dia. Dia taktau baca lama tenung hehe bila cakap "sayang pregnant lah" terus dia terkejut tapi dia cakap kita check dulu ye kat doktor. Yela taknak berharap sangat nanti kecewa kan.

Check kat doktor,nampak dot kecik tapi tak jelas. Rasa tak puas hati gak sebab 1st time ni buat nampat double line. So buat blood test terus. Sehari lepas tu saya call klinik dan dapat result positive! Ya Allah rasa macam tak percaya pun ada. Buat lagi upt tau pagi esoknya hehe and memang double line makin terang. Alhamdulillah.

Dah scan haritu dan nampak heartbeat si kecik ni. InsyaAllah tak lama lagi masuk 2nd trimester. Ni pun mabuk pregnant tak habis lagi. Pada saya,rezeki ni satu rahmat dari Allah pada kami berdua. Rezeki semua datang dari Nya. Dah sampai rezeki kami. Mohon doakan yang baik-baik ya. Banyakkan bersangka baik pada Allah sebab the moment dapat rezeki tu korang akan rasa macam ya Allah memang time yang tepat dan ada hikmah disebaliknya ;')

Thank you for reading. Moga ttcian yang lain juga tak berputus asa dan percaya pada rezeki Allah swt. Saya doakan anda yang membaca dan masih ttc semoga dikurniakan rezeki yg sama tak lama lagi InsyaAllah aamiin.

Wednesday, 5 August 2015

1st entry

Assalamualaikum!

Lama nya alahai tak tulis blog! Rindu! Ni blog keberapa ntah sepanjang start tulis dari 2008 lagi. Yang lain-lain semua dah private hehe. 

Lega sebab dah tak jual suplemen macam dulu. Makan sendiri jer. Less pening kepala otak bagai. Lagi-lagi tengah pregnant tak boleh stress,doktor dah habaq awai awai so? Kenala dengar. Suami pun suruh rest dan tumpu pada diri sendiri dulu. Sebab dia kesian sangat tengok saya siang malam promote bagi motivate dan ajar downlines macam-macam tapi sorang pun tak menyerlah. Macam buat business sorang-sorang. Lagipun dah lepas 6 bulan yang saya beri masa pada suami dulu,kalau tak berjalan jugak saya nak tarik diri. 

Well tak kisah la apa orang nak cakap pun. Sebab people doesnt go through apa yang saya lalui pun kan? So why bother? 

Saya just makan sendiri jer. Jual takda dah. Dont ask whyyyyyyy 

Next entry akan saya share cerita macamana saya find out saya pregnant after 3 years and 2month. Ok? Hehe

Thank you for reading!